Seronok tak terhingga apabila kita dapat memiliki rumah di bawah nama sendiri kan?
Sama seperti pelakon veteran popular iaitu Kim Kwang-gyu! Menerusi sedutan “I Live Alone” terbaru, lelaki itu telah berkongsi berita gembira berkenaan buat semua.
Dalam klip tersebut, Kim Kwang-gyu dilihat berseronok dan cuba menyesuaikan diri dengan rumah barunya memandangkan ia adalah kali pertama dia memiliki kediaman sendiri.
Ucap Kim Kwang-gyu,
Selepas tinggal di rumah sewaan bulanan dan tahunan, saya sudah mampu untuk membeli rumah sendiri buat pertama kali. Saya mengambil masa 56 tahun untuk melakukannya.
Nampak luas dan mewah, ulasnya lagi,
Keseluruhan rumah dihiasi dengan ringkas dan selesa.
Bahagia betul Kim Kwang-gyu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.