Ikuti Kami:

Konflik Terungkai, ‘Why Her?’ Tamat Dengan Rating Tertinggi

Konflik Terungkai, ‘Why Her?’ Tamat Dengan Rating Tertinggi

16 episod membuatkan penonton tak senang duduk, akhirnya “Why Her?” menamatkan siarannya kelmarin.

Sinopsis

Drama ini menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan mencapai kejayaan dengan cara yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai dirinya.

Akhirnya tewas

[Amaran SPOILER]

Oh Soo-jae kembali kuat untuk pertempuran terakhirnya apabila berjaya mendedahkan kepada dunia bahawa Choi Tae-kook (Heo Jun-ho) adalah dalang sebenar di sebalik kematian Park So-young (Hong Ji-yoon). Ia hanya mampu dilakukan kerana orang kuatnya, Ha Il-gu (Jeon Ji-gi) memutuskan untuk mengubah hidup selepas kematian anaknya dan memberikan video malam insiden itu buat Oh Soo-jae.

sbs why her?

Setelah semuanya selesai, wanita tersebut turut menjalani kehidupan yang berbeza dari sebelumnya selain tidak lagi obses dengan ‘kejayaan’. Dalam pada itu, langkah Oh Soo-jae dalam kehidupan yang baru ini kekal ditemani Gong Chan (Hwang In-yeop) di sampingnya.

Rating tertinggi

“Why Her?” berjaya membuktikan bahawa ia masih menyengat apabila meraih rating tertinggi sepanjang tayangan pada episod terakhirnya iaitu 10.7%. Ini merupakan kali kedua drama SBS berkenaan melepasi rating 10% di mana ia dicapai pertama kalinya ketika episod ke-4.

sbs why her?

Best tak ending?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...