Rasanya ramai yang terkejut apabila pelakon Hwang Jung-eum mengumumkan bakal bercerai pada tahun lalu.
Selepas menfailkan penceraian itu, pasangan tersebut telah melalui meditasi penceraian bagi melengkapi proses itu.
Walaubagaimanapun Hwang Jung-eum dan suami, Lee Young-don (bekas pemain golf dan ahli perniagaan) telah mencapai kata sepakat mereka.
Kongsi agensi Hwang Jung-eum,
Semasa meditasi penceraian, Hwang Jung-eum dan suaminya mula memahami perbezaan pendapat masing-masing. Selepas berbincang dengan lebih mendalam, mereka memilih untuk meneruskan hidup sebagai pasangan suami dan isteri.
Sekadar pengetahuan semua, pasangan ini berkahwin pada 2016 sebelum menyambut kelahiran anak lelaki setahun kemudiannya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.