Saluran TV Chosun akhirnya menayangkan drama baru iaitu “Red Balloon” baru-baru ini.
Sinopsis
“Red Balloon” membawa kisah Jo Eun-kang (Seo Ji-hye) yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru tapi sebaliknya hanya menjadi seorang tutor selepas gagal dalam ujian penilaian.
Persahabatan ke permusuhan
[Amaran SPOILER]
Episod awal ini membawa kisah mengenai sahabat yang mengharungi rintangan dan kegembiraan bersama sejak sekolah hingga dewasa kini. Walau bagaimanapun, konflik antara mereka bermula kini apabila suami Han Ba-da (Hong Soo-hyun) menunjukkan minat buat Jo Eun-kang dan sepertinya perkahwinan mereka bermula dengan penipuan.
Tak cukup dengan itu, teman lelaki Jo Eun-kang juga tidak menghargai wanita itu dan kerap menipu dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan.
Rating baik
Untuk episod pertama, “Red Balloon” berjaya meraih rating yang memberangsangkan iaitu 3.7% sebelum meningkat ke 4.5% ketika tayangan episod keduanya.
Melihatkan respon penonton, rata-ratanya memberikan pujian dek plot yang mendebarkan. Malah lakonan yang ditonjolkan oleh Seo Ji-hye dan Hong Soo-hyun turut membuatkan ramai yang bersimpati dengan hubungan mereka.
Korang dah tonton ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.