Ikuti Kami:

Konflik Pembunuhan Terurai, Episod Akhir ‘The Empire’ Raih Rating Tertinggi

Konflik Pembunuhan Terurai, Episod Akhir ‘The Empire’ Raih Rating Tertinggi

Ada tak yang seronok melayan drama “The Empire” sejak kebelakangan ini? Sedih tak ia sudah pun menamatkan tayangan?

Sinopsis

“The Empire” membawa kisah kehidupan peribadi dan rahsia gelap ‘keluarga bangsawan’ bercita-cita tinggi yang menguasai bulatan perundangan berpengaruh di Korea.

Semua selesai

[Amaran SPOILER]

Han Hye-ryul (Kim Sun-ah) akhirnya memahami sebab mengapa Hong Nan-hee (Joo Se-bin) bertindak sedemikian hingga ianya meragut nyawa gadis itu. Selepas diselidik, kematiannya berpunca dari Nam Soo-hyeok dan Han Geon-do (Song Young-chang) yang mahu menutup kejahatan mereka.

jtbc the empire

Dalam pada itu, Han Hye-ryul dan Na Geun-woo (Ahn Jae-wook) yang kehilangan anak tidak mampu untuk melawan takdir dan memilih untuk mengubah jalan hidup mereka di mana wanita itu membuka jubah penyiasatnya manakala suaminya menyediakan perkhidmatan percuma untuk penasihat perundangan.

Rating tinggi

Walaupun hanya mampu berlegar-legar di sekitar rating dalam lingkungan 1% ke 3% sahaja sepanjang tayangan, “The Empire” mencipta rekod peribadi yang mengagumkan apabial episod terakhirnya meraih rating sebanyak 4.036%.

jtbc the empire

Antara komen penonton, mereka memuji plotnya yang padat selain lakonan hebat yang ditampilkan teraju utamanya iaitu Kim Sun-ah dan Ahn Jae-wook selain percubaan baik pelakon baru, Joo Se-bin.

Korang dah habis layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...