Ikuti Kami:

Konflik Memuncak, ‘When I Was The Most Beautiful’ Catat Rating Terendah Sepanjang Tayangan

Konflik Memuncak, ‘When I Was The Most Beautiful’ Catat Rating Terendah Sepanjang Tayangan

Makin lama tengok drama “When I Was The Most Beautiful”, makin berdebar lihat hubungan di antara Seo Hwan, Seo Jin dan Ye-ji.

Sinopsis ringkas

Membawa kisah Oh Ye-ji (Im Soo-hyang) iaitu seorang wanita yang naif dan optimistik terhadap kehidupannya. Dia hanya mengimpikan kebahagiaan yang picisan sebagai seorang pereka seramik namun tanpa sengaja telah terperangkap di antara cinta dua adik-beradik lelaki iaitu Seo Hwan (Jisoo) yang menyintainya sejak wanita itu menjadi guru ganti di sekolahnya lagi dan Seo Jin (Ha Seok-jin), seorang pelumba kereta yang pendiam namun akan dapatkan segala yang dihajatinya.

[Amaran SPOILER]

Ye-ji mula ‘fed-up’ dengan Seo Jin

Selepas ditinggalkan selama 7 tahun tanpa khabar berita, Ye-ji menyangkakan bahawa dia akan kembali bahagia dengan Seo Jin, si suami di sisi. Walaubagaimanapun, sikap suaminya yang terus berahsia membuatkan dia mula hilang sabar dengan lelaki tersebut. Keadaan mula menjadi semakin tegang apabila Seo Jin rupanya ditemani oleh bekas kekasihnya, Carrie Jung (Hwang Seung-eon) sepanjang dia ‘hilang’ 7 tahun ini.

when i was the most beautiful

Wanita itu yang menonong memasuki rumah tempat tinggal lelaki itu kelihatan tidak tentu arah apabila Seo Jin menghalaunya keluar dan Ye-ji mula mempelajari kenyataan yang menyakitkan itu. Penat bersabar, Ye-ji terus ‘meletup’ dan memarahi Seo Jin kerana sanggup melakukannya seperti itu dan tidak memikirkan perasaannya menanti selama 7 tahun lamanya.

[SPOILER Tamat]

Rating terendah sepanjang tayangan

Walaupun episod kelmarin (episod 12) “When I Was The Most Beautiful” penuh dengan konflik di antara pasangan Ye-ji dan Seo Jin, namun ia nampaknya tidak mampu menarik perhatian penonton. Khabarnya, episod tersebut telah mencatatkan rating terendah sepanjang tayangannya iaitu 1.7% dan 2.3% walaupun rekod rating paling tinggi ialah 4.7%. Nampak jauh bezanya!

Hal ini kemungkinan kerana banyak program TV yang menyangkan rancangan istimewa bagi menyambut hari perayaan Chuseok. Tambahan pula, penyanyi veteran Na Hoon-a telah melakukan konsert istimewa di saluran KBS dalam slot yang sama dan berjaya menarik rating tinggi sebanyak 20.9%.

when i was the most beautiful

Apa pun, jangan lupa tonton kemuncak konflik ini apabila Ye-ji sepertinya meminta untuk berpisa daripada Seo Jin dalam episod akan datang. Namun diingatkan, episod baru (episod 13) hanya akan ditayangkan pada 7 Oktober nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...