Ikuti Kami:

Konflik Berterusan, ‘Love (ft. Marriage & Divorce) 3’ Mula Dengan Rating Baik

Konflik Berterusan, ‘Love (ft. Marriage & Divorce) 3’ Mula Dengan Rating Baik

Musim ketiga “Love (ft. Marriage & Divorce)” kembali menyapa penonton dengan plot yang berselirat dari awalnya.

Ianya bermula kencang dengan kisah kecurangan suami, kepincangan hubungan bersama ibu mertua serta si isteri yang menerima balasan.

Untuk episod pertama, drama ini berjaya meraih rating sebanyak 5.2% dan 6.3% di mana ia merupakan catatan lebih tinggi berbanding episod perdana musim kedua iaitu 4% sahaja. Untuk episod kedua musim ketiga ini pula, ia meraih rating sebanyak 6.7%.

love ft. marriage and divorce 3

Bukan sahaja konflik yang kian menebal, namun para pelakon pengganti untuk beberapa watak turut menjadi perhatian penoton. Watak Shin Yu-sin, Kang Shin-hyo dan Kim Dong-min yang dilakonkan oleh Lee Tae-gon, Sung Hoon dan Kim Bo-yeon pada musim terdahulu telah digantikan dengan pelakon Ji Young-san, Kang Shin-hyo dan Lee Hye-suk.

Mungkin terlalu awal untuk dikatakan, tapi ramai sepertinya berasa janggal apabila watak ini dibawa oleh pelakon baru memandangkan mereka sudah terbiasa dengan pelakon sebelum ini.

Sama-sama kita nantikan plot twist apa yang akan disajikan dalam “Love (ft. Marriage & Divorce) 3” selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...