Ikuti Kami:

Kolaborasi Dengan Natti Natasha, MOMOLAND Kembali Dengan ‘Yummy Yummy Love’

Kolaborasi Dengan Natti Natasha, MOMOLAND Kembali Dengan ‘Yummy Yummy Love’

MOMOLAND telah kembali dengan single baharu!

MOMOLAND dan Natti Natasha akhirnya telah mengeluarkan muzik video untuk single kolaborasi mereka yang sangat dinanti-nantikan “Yummy Yummy Love”!

Untuk lagu tarian inspirasi pop Latin ini, MOMOLAND bertanya, “Adakah anda bersedia untuk cinta seperti ini?”, dengan paduan suara yang manis dan menarik. MV itu menampilkan MOMOLAND dan Natti Natasha yang sedang berhibur di pesta luncur roda berwarna-warni dan menyeronokkan, bercampur dengan sedikit suasana disko. Natti Natasha turut melakukan tarian lagu tersebut, menyertai MOMOLAND sebagai ahli ke-7 kumpulan itu!

Sementara itu, Natti Natasha, adalah penyanyi dan penulis lagu Dominican. Dia kini berada di bawah label Don Omar Orfanato Music Group dan telah memulakan debutnya dengan EP All About Me, dikeluarkan pada 28 Mac 2012. Antara lagu hitnya adalah “Me Gusta”, “Oh Daddy” dan banyak lagi.

Jom dengar lagu baharu MOMOLAND!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...