Ikuti Kami:

Klip Episod Akan Datang ‘Start-Up’ Tampil Babak Sedih, Penonton Puji Lakonan Beremosi Suzy & Nam Joohyuk

Klip Episod Akan Datang ‘Start-Up’ Tampil Babak Sedih, Penonton Puji Lakonan Beremosi Suzy & Nam Joohyuk

Dah masuk separuh kedua drama “Start-Up”, semakin berdebar penonton dek klimaks yang akan mengubah dinamika hubungan di antara Dal-mi (Suzy), Do-san (Nam Joo-hyuk) dan Ji-pyung (Kim Seon-ho).

Seperti yang anda tahu, Dal-mi begitu yakin bahawa Do-san adalah cinta pertama yang menitipkan surat bermakna kepadanya semasa kecil dahulu. Pun begitu, wanita itu sepertinya mula sedar apabila melihat tulisan tangan dalam surat tersebut yang begitu mirip dengan tulisan tangan Ji-pyung.

Hal itu membuatkan Dal-mi mula meragui segalanya selain turut menyebabkan ombak dalam hubungan romantik yang baru terbina di antara dirinya dan Do-san. Malah dalam sedutan episod akan datang, nampaknya wanita itu akan menanyakan hal sebenar kepada Do-san.

Bahkan walaupun hanya klip singkat, namun penonton terasa sedih apabila melihatkan Dal-mi yang menangis dan bertanya kepada Do-san kenapa dia memilih untuk menipunya. Lagi sebak melihat apabila lelaki itu turut mengalirkan air mata dan berkata bahawa dia takut sekiranya wanita itu menangis.

Meskipun hanya beberapa saat, tapi ramai yang memuji lakonan tangisan Nam Joo-hyuk dan Suzy yang nampak natural. Malah mereka turut mengatakan bahawa kedua mereka sudah pun menunjukkan mutu lakonan yang lebih baik berbanding dalam projek sebelum ini.

Tak sabar nak tunggu episod akan datang, nampaknya macam kena sediakan tisu sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...