Utama Rancangan Hiburan “Kita Kena Buat Lebih Baik” – Yoo Jaesuk Ulas Ketiadaan Jun Somin...

“Kita Kena Buat Lebih Baik” – Yoo Jaesuk Ulas Ketiadaan Jun Somin Dalam ‘The Sixth Sense 3’

jun somin the sixth sense 3

Selepas lama menanti, akhirnya, “The Sixth Sense” membuka pintunya buat penonton setia.

Seperti yang diketahui semua, Jun So-min yang merupakan ahli asal tidak dapat menyertai musim kali ini memandangkan jadual lakonan untuk drama “Cleaning Up” berselisih dengan penggambaran program tersebut dek pembedahan yang dilaluinya baru-baru ini.

Dalam episod pertama “The Sixth Sense 3”, ahli yang lain sempat bercerita mengenai keadaan Jun So-min kini. Kata Yoo Jae-suk,

Hingga kini, penonton yang menonton pasti berkata, ‘So-min mesti akan datang’. Kaki So-min berbalut. Dia turut melalui pembedahan dan tempoh pemulihan mungkin lama, jadi dia tak dapat muncul.

tvn the sixth sense 3

Kongsi Lee Mi-joo,

Sedih sangat. Kami ialah keluarga.

Jessi turut melanggar Oh Na-ra dan berkata,

Kami selalu melakukan begini apabila teruja. Kita mesti lakukannya bersama So-min.

tvn the sixth sense 3

Bukan sahaja penonton dan ahli lain, tetapi Jun So-min juga kelihatan sedih kerana tidak dapat menyertai musim terbaru ini. Pun begitu dia sempat menghantar trak kopi dengan pesanan,

Jangan terlalu gembira tanpa saya.

tvn the sixth sense 3

Akhiri Yoo Jae-suk,

Kami sudah sampai ke musim ketiga dek sokongan penonton. Musim ketiga ialah cabaran terbesar bagi program hiburan. Kita perlu melakukan yang terbaik kerana Jun So-min tiada.

Episod pertama nampaknya berjalan lancar walaupun Jun So-min tiada. Korang dah tengok ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERWikitree
Loading...