“Kita Berlari Lagi Hingga Ke 20 Tahun” – ‘Running Man’ Sambut Ulang Tahun Ke-15
- oleh irsa
- 11 bulan lalu
“Running Man” menyambut ulang tahun ke-15!
Artikel Berkaitan
Setakat ini, rancangan ini telah menayangkan 759 episod, menjadikannya rancangan hiburan dengan jumlah episod tertinggi, dan masih mencatat rekod baharu setiap minggu.
Walaupun kini berada dalam era OTT, “Running Man” masih kekal relevan. Ia telah dipilih sebagai “Program Variety Tahunan” oleh platform Wavve selama empat tahun berturut-turut sejak 2020, dan memenangi Anugerah Kesetiaan Pelanggan Jenama dalam kategori Variety Show Hujung Minggu selama tiga tahun berturut-turut oleh Forum Pengguna Korea.
Kepopularan global “Running Man” juga membolehkan pelbagai kerjasama bersama negara lain. Bermula dengan versi China “Keep Running” pada 2013, ia turut diterbitkan secara bersama dalam format musim di Vietnam pada 2018 dan Filipina pada 2022, dan masih menerima sambutan hangat.
Kehadiran “Running Man” di platform media sosial global juga sangat kukuh. Saluran YouTube rasmi mereka mempunyai lebih 3.35 juta langganan dengan tontonan tertinggi mencecah 36.37 juta, manakala akaun Instagram rasmi mereka pula mempunyai 2.7 juta pengikut.
Semasa sesi rakaman khas ulang tahun ke-15 baru-baru ini, Yoo Jae-suk menyatakan,
Kami dapat terus berlari sampai ke hari ini kerana kasih sayang yang tidak putus dari para penonton. Terima kasih banyak.
Pengarah produksi Choi Hyung In turut berkata,
Kami percaya semua ini mungkin kerana sokongan penonton. Kami harap anda terus memberi perhatian dan kasih sayang kepada kami. Kami harap Running Man akan terus bertahan hingga ke ulang tahun ke-20, ke-30 dan menjadi seperti ‘Farm Diary’ dalam dunia variety.
Sementara itu, sempena ulang tahun ke-15 ini, “Running Man” turut mengadakan acara khas untuk penonton. Episod istimewa ulang tahun ke-15 akan ditayangkan pada 13 Julai.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




