Selepas Jessi, nampaknya pasangan Hyuna dan Dawn juga memilih untuk meninggalkan P NATION sebagai agensi penaung mereka.

Disebabkan sudah beberapa artis yang mengucapkan selamat tinggal buat PSY, sudah pasti ramai tertanya-tanya apakah sebab disebalik keputusan itu.
Terbaru, Dawn sepertinya memberikan bayangan mengapa dirinya dan Hyuna mengundurkan diri daripada P NATION.
Menerusi entri kekasihnya, lelaki itu telah menulis komen ‘sweet’ buat wanita tersebut,
Mari kita memainkan muzik dengan bebas dan cool, membuat persembahan dan menyayangi satu sama lain. Saya cintakan awak.
Semoga Hyuna dan Dawn dapat membuat muzik sambil menyemai cinta antara mereka.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.