Seronok betul bila ada drama Korea romantik yang best! Mungkin anda akan tersangkut apabila menonton drama “Please Don’t Date Him” yang baru sahaja ditayangkan di MBC ini.
Sinopsis ringkas
Seo Ji-sung (Song Ha-yoon) mahu jatuh cinta tapi takut memberikan hatinya pada lelaki yang salah. Disebabkan itu, dia mahu membina kehidupan bercinta yang sempurna dengan membangunkan satu program AI bernama ‘Jo Sang-shin’
Episod awal menarik
Seo Ji-sung nampaknya tiada tuah dalam percintaan apabila lelaki yang dicintainya menunjukkan belang sebenar selain ‘Jo Sang-shin’ yang mengatakan bahawa dia bukanlah lelaki yang sesuai dengannya. Meskipun sedikit huru-hara, namun akhirnya dia berjaya memutuskan hubungan dengan tunangnya itu walaupun terpaksa bertikam lidah dengan ibu lelaki tersebut.
Pun begitu, dia kemudiannya bertemu dengan lelaki lain bernama Jung Kook-hee (Lee Jun-young) iaitu seorang ahli bomba yang misteri. Bahkan mesin AI tersebut langsung tidak dapat mengorek sebarang kisah lampau lelaki itu di internet membuatkan Ji-sung tertanya-tanya mengenai dirinya yang sebenar.
Rating biasa
Untuk slot ini di MBC Every1, sememangnya sukar untuk meraih rating lebih daripada 1%. Buat “Please Don’t Date Him”, ianya hanya berjaya meraih rating 0.2% bagi tayangan episod pertama dan naik ke 0.3% ketika episod kedua ke udara.
Walaupun rendah, kebanyakan penonton memuji lakonan Song Ha-yoon dan Lee Jun-young selain turut mengatakan bahawa plot drama ini adalah unik dan lain daripada drama romantik yang lain.
Kalau berminat, anda boleh tonton “Please Don’t Date Him” di saluran Oh!K (Astro 394) setiap Selasa pada jam 9.45 p.m.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.