Ikuti Kami:

Kisah Wanita 30-an Hilang Arah Tuju, ‘City Girl Drinkers’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Kisah Wanita 30-an Hilang Arah Tuju, ‘City Girl Drinkers’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Akhirnya drama asal TVing iaitu “City Girl Drinkers” sudah mengesahkan barisan pelakonnya.

Drama ini mengisahkan tiga wanita yang tonggak hidup mereka bersandar pada mendapatkan minuman selepas kerja. Berdasarkan webtoon popular, naskhah ini akan memujuk hati penonton dek kisah wanita 30-an yang berasa tiada arah tuju dalam kehidupan.

Lee Sun-bin akan melakonkan watak Ahn So-hee, seorang penulis skrip program yang ceria. Han Sun-hwa pula bertanggungjawab menghidupkan watak Han Ji-yeon, seorang pelatih yoga yang bertenaga dan bersuara nyaring. Watak Kang Ji-goo akan dibawa oleh Jung Eun-ji di mana dia ialah seorang selebriti YouTube dan terkenal dengan kandungan lipatan origami.

Satu-satunya watak lelaki utama, Choi Si-won bakal membawa watak Kang Bok-goo iaitu pengarah produksi (PD) yang bakal melalui pelbagai kisah berbeza dengan kesemua wanita itu.

“City Girl Drinkers” akan memaparkan kisah realistik menerusi lakonan pelakon yang berada dalam linkungan umur yang sama. Malah drama ini menjadi perhatian ramai kerana keserasian pelakon yang mempunyai persona berbeza.

Sudah pun memulakan produksi, drama ini bakal menemui penonton pada separuh kedua tahun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...