Nampaknya “Happiness” bermula dengan baik apabila menerima pujian ramai meskipun baru ditayangkan.
Sinopsis
Ia adalah sebuah drama thriller malapetaka di mana pada ketika itu, penyakit berjangkit ialah sesuatu yang normal. Di sebuah apartmen baru dalam bandar yang luas di mana tingkat atas dihuni oleh bahagian pemasaran am dan tingkat bawah pula disewakan. Naskhah ini menekankan perlawanan psikologi disebabkan oleh diskriminasi golongan yang berlaku. Bandar itu kemudiannya merudum apabila malapetaka melanda dan kebanyakan individu mula dijangkiti penyakit yang membuatkan mereka dahaga teruk.
Awal mendebarkan
[Amaran SPOILER]
Selepas 12 tahun, Yoon Sae-bom (Han Hyo-joo) dan Jung Yi-hyun (Park Hyung-shik) masih lagi mengekalkan hubungan yang baik malah kini tinggal sebumbung. Membuatkan penonton ingin tahu mengenai perkembangan hubungan mereka, keduanya melalui sesuatu yang mengejutkan apabila satu virus baru menyerang kehidupan mereka kini.
Membawa pelbagai persoalan, episod awal “Happiness” nyata membuatkan penonton tidak sabar menantikan apa yang akan terjadi nanti.
Rating baik
Menggantikan “Yumi’s Cells”, episod awal drama malapetaka ini menunjukkan prestasi yang memuaskan bagi episod awalnya. Bagi episod perdana, “Happiness” meraih rating sebanyak 3.3% dan terus konsisten dengan catatan 3.2% untuk episod seterusnya.
Korang dah layan belum?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.