Ikuti Kami:

Kisah Usahawan ‘Survive’ Dunia Perniagaan Di Korea, ‘Start-Up’ Tayang Di Netflix 17 Oktober Nanti

Kisah Usahawan ‘Survive’ Dunia Perniagaan Di Korea, ‘Start-Up’ Tayang Di Netflix 17 Oktober Nanti

Kisah usahawan muda berbakat mengecapi impian mereka dalam dunia realiti dan bersaing untuk kejayaan dan cinta dalam dunia industri teknologi maju Korea yang kejam tanpa belas kasihan.

Nam Do-san (Nam Joo-hyuk) ialah penaung kepada Samsan Tech dan merupakan pakar matematik ketika kecil. Lelaki ini yang merupakan kebanggaan keluarga sebelum ini kini kini dikatakan hanya memalukan mereka kerana perniagannya yang merudum sejak dua tahun lalu. Dia kemudiannya mendapat tahu bahawa Dal-mi tersalah anggap bahawa dia adalah cinta pertamanya dan membuat keputusan untuk kembali berada di atas bagi mengubah salah faham itu kepada realiti.

Suzy akan membawa watak Seo Dal-mi (Bae Suzy), seorang yang mempunyai impian untu menjadi seperti Steve Jobs di Korea dan sudah pun memiliki rencana tersendiri. Wanita ini juga menjerumuskan diri dalam pelbagai pekerjaan separuh masa dan merupakan seorang yang sangat cergas. Katanya, watak ini sangat bersesuaian dengan Suzy yang sentiasa ceria.

tvn start-up

Han Ji-pyeong (Kim Seon-ho) merupakan seorang pengurus senior pelaburan di sebuah syarikat usaha kapital. Kehebatan kemahiran pelaburan dan lidahnya yang tajam membuatkan dia menerima gelaran sebagai ‘Gordon Ramsay dalam dunia pelaburan’.

Won In-jae (Kang Han-na) ialah generasi kedua golongan kaya dan CEO yang memiliki segalanya – pendidikan yang baik, kecantikan, duit. Namun latar belakangnya itu sepertinya merupakan ‘musuh dalam selimut’ di dalam dunia start-up. Disebabkan itu, dia sukar untuk mencapai kejayaan atas usahanya sendiri dan menerima pengiktirafan kerana kemahirannya.

Risau tak tahu nak tonton di saluran mana? Jangan risau kerana Netflix akan menayangkan “Start-Up” bermula 17 Oktober ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...