Ikuti Kami:

Kisah Taikun Kasino Semakin Berbelit, Tonton Musim Kedua ‘Big Bet’ Di Disney+ Kini

Kisah Taikun Kasino Semakin Berbelit, Tonton Musim Kedua ‘Big Bet’ Di Disney+ Kini

Sekian lama menanti, akhirnya musim kedua “Big Bet” telah pun menemui penonton kelmarin di Disney+.

Musim pertama tergantung

Penghujung musim pertama “Big Bet” memberikan fokus buat kekecohan yang berlaku seperti perancangan rahsia Kim So-jung (Seo Eun-seo) dan Philip (Lee Hae-woo) serta kebencian Seo Tae-seok (Heo Sung-tae) buat Cha Moo-sik (Choi Min-shik).

Disebabkan banyak kisah yang masih tergantung, para penonton meletakkan harapan tinggi buat musim kedua siri Disney+ ini.

Cha Moo-shik terus diburu

[Amaran SPOILER]

Dalam musim terbaru ini, Cha Moo-shik terus memperjudikan nasibnya dengan apa yang dimiliki. Malah nyawa lelaki itu berterusan diancam dek kebencian mendalam Seo Tae-seok dan Ko Young-hee.

disney+ big bet 2

Tak cukup dengan itu, Cha Moo-shik turut dituduh sebagai dalang di sebalik kematian Min Seok-jun hingga lelaki tersebut perlu kembali ke Korea bagi membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

Dalam pada itu, musim kedua ini memaparkan masalah yang lebih sukar dihadapi setiap karakter. Malah ianya makin menarik kerana ia mengetengahkan plot di mana tak semua orang yang berada bersama kita boleh dipercayai. Ini kerana setiap daripada mereka mempunyai ego tersendiri dan mempunyai cara bagi memuaskan diri masing-masing.

Jangan lupa tonton di “Big Bet 2” di Disney+!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...