Ikuti Kami:

Kisah Suami Tulis Perjanjian Tak Akan Curang, Drama Komedi & Misteri Thriller ‘If You Cheat, You Die’ Mula 2 Disember

Kisah Suami Tulis Perjanjian Tak Akan Curang, Drama Komedi & Misteri Thriller ‘If You Cheat, You Die’ Mula 2 Disember

Rasanya ramai yang teruja apabila ada K-Drama yang membawa plot suami isteri yang penuh dengan konflik ini. Sama juga dengan drama KBS “If You Cheat, You Die” yang bakal ditayangkan pada 2 Disember nanti.

Drama komedi dan misteri thriller ini mengisahkan orang dewasa yang melakukan kesalahan walaupun berasa bersalah. Jo Yeo-jeong akan membawa watak novelis thriller jenayah popular yang sentiasa memikirkan cara untuk membunuh orang. Go Joon pula menggalas watak sebagai suami wanita itu iaitu Han Woo-sung, seorang peguam penceraian yang telah menulis perjanjian dengan isterinya yang berbunyi, “Jikalau awak curang, awak mati.”

Antara pelakon lain ialah Yeonwoo, Kim Young-dae, Song Ok-sook, Jung Sang-hoon, Lee Si-eon, Kim Ye-won, Hong Soo-hyun, Oh Min-seok, Lee Se-na, Bae Nu-ri, Kim Jung-pal, Kim Do-hyun, Lee Tae-hyung, Kim Soo-jin, Han Soo-yeon, Gong Sang-ah, Yoo Jun-hong, Song Seung-ha, dan ramai lagi.

if you cheat you die

Poster drama ini menunjukkan klu penting iaitu dokumen di dalam plastik beg yang disimpan rapi dalam sarung plastik di satu tempat kejadian jenayah. Dokumen itu bertulis,

Jika Han Woo-sung curang dengan orang lain selepas dia berkahwin dengan Kang Yeo-joo, Kang Yeo-joo mempunyai hak ke atas seluruh tubuh Han Woo-sung.

Menurut pihak produksi, dokumen tersebut ialah idea daripada Han Woo-sung sendiri yang bekerja sebagai peguam. Difahamkan perjanjian itu dibuat untuk membuktikan rasa cinta lelaki itu terhadap isterinya dan sebab kenapa ia menjadi sebahagian daripada bukti di tempat kejadian jenayah itu akan didedahkan nanti.

Tak sabarnya! “If You Cheat, You Die” akan ditayangkan selepas drama “Do Do Sol Sol La La Sol” tamat nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...