Ikuti Kami:

Kisah Staf Di Perkhidmatan Cukai Kebangsaan, Episod Awal ‘Tracer’ Raih Rating Tinggi

Kisah Staf Di Perkhidmatan Cukai Kebangsaan, Episod Awal ‘Tracer’ Raih Rating Tinggi

Menggantikan “The Red Sleeve”, drama “Tracer” nampaknya menunjukkan persembahan yang baik untuk dua episod awalnya.

Sinopsis

Ianya membawa kisah yang dilalui oleh staf Perkhidmatan Cukai Kebangsaan semasa mereka menyiasat pelbagai kes.

Misteri disebalik cukai

[Amaran SPOILER]

Bagi menyiasat misteri di sebalik kematian ayahnya, Hwang Dong-ju (Im Si-wan) meninggalkan kerja yang stabil sebagai akauntan untuk menjadi seorang pekerja am gred 5 di Perkhidmatan Cukai Kebangsaan. Malah Song Hye-young (Go Ah-sung) iaitu salah seorang pekerja di situ turut meluahkan rasa sangsi mengenai kes berkenaan.

mbc tracer

Dalam episod awal ini, kedua mereka mula bekerjasama meskipun sering bertelingkah untuk menyelesaikan segala kes melibatkan individu yang cuba melarikan diri daripada membayar cukai. Menarik!

Rating memuaskan

Untuk episod awal ini, “Tracer” menunjukkan prestasi yang baik apabila rating episod pertamanya berjaya mencapai 7.4% di mana ianya satu nombor yang agak tinggi. Malah ia mampu kekal stabil dengan catatan 6% untuk episod seterusnya.

mbc tracer

Drama melibatkan cukai ini nyata menarik perhatian ramai dek premisnya yang unik selain kehebatan lakonan yang ditunjukkan Im Si-wan, Go Ah-sung dan Son Hyun-joo. Sudah pasti, ianya akan menjadi drama yang disukai ramai nanti.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...