Ikuti Kami:

Kisah Sedih Masa Silam Kim Soohyun, Bapa Lari Bina Keluarga Baru & Cuba Raih Publisiti Guna Namanya

Kisah Sedih Masa Silam Kim Soohyun, Bapa Lari Bina Keluarga Baru & Cuba Raih Publisiti Guna Namanya

Kim Soo-hyun sememangnya seorang pelakon yang disayangi ramai bukan sahaja kerana bakatnya tetapi dek personalitinya yang baik dan menyenangkan. Tapi disebalik senyuman yang manis itu, tersorok kisah silam yang sangat menyedihkan. Tahukan anda bahawa lelaki itu dibesarkan oleh ibunya seorang sahaja?

Besar dengan kasih sayang seorang ibu

Kim Soo-hyun merupakan anak tunggal kepada penyanyi veteran popular Kim Chung-hoon, iaitu vokalis bagi kumpulan 80-an bernama ‘Seven Dolphins’. Semasa masih lagi kecil, kedua ibu bapanya bercerai, pelakon itu ditinggalkan oleh ayahnya dan dia kemudiannya dibesarkan atas hasil usaha ibu kesayangannya seorang sahaja.

kim soohyun anak tunggal

Disebabkan oleh itu, peminat Kim Soo-hyun tidak mempunyai persepsi yang baik terhadap ayah pelakon itu. Bahkan dia hanya mengetahui bahawa dia mempunyai adik tiri perempuan menerusi berita yang disebarkan media pada tahun 2016, maknanya hal mengejutkan itu disorokkan oleh bapanya sehinggalah ke hari tersebut.

Adik tiri guna nama Kim Soo-hyun untuk popular?

Adik tirinya yang bernama Kim Joo-na itu dalam persediaan untuk muncul sebagai penyanyi selain turut muncul dalam rancangan realiti “Produce 101” dan tersebar khabar angin bahawa dia adalah adik kepada Kim Soo-hyun.

kim soohyun anak tunggal

Ada segelintir pihak yang mempersoalkan kenapa lelaki itu mengatakan bahawa dia adalah anak tunggal walhal dia mempunyai adik-beradik lain. Berita itu tersebar dengan meluasnya sehingga Kim Soo-hyu sendiri terpaksa memberikan kenyataan rasmi mengenai hal tersebut.

Kim Soo-hyun dan Kim Joo-na tidak pernah tinggal sebumbung mahupun berjumpa antara satu sama lain. Dia mengharapkan agar adik tirinya itu melakukan yang terbaik tetapi dia tidak pernah menipu sesiapa. Daripada perspektif ibunya, Kim Soo-hyun adalah anak tunggal. Tidak mahu melukakan hati wanita itu, dia mengatakan bahawa dia adalah anak tunggal kerana mahu menjaga hati ibunya. Kami berharap agar semua faham dengan situasi ini.

kim soohyun anak tunggal

Bapa Kim Soo-hyun dikecam netizen

Tak cukup dengan itu, semasa Kim Soo-hyun menyertai latihan khidmat ketenteraan, ayahnya telah menghadiri sebuah rancangan radio dan meluahkan hajat ingin bertemu dengan anaknya. Meskipun hadir untuk mempromosikan lagu terbarunya, lelaki itu telah berbincang secara terbuka mengenai hubungan dengan Kim Soo-hyun. Katanya, walaupun tidak ada berjumpa dengan anaknya itu, dia mahu duduk makan bersama.

Pun begitu, rata-rata netizen menyelar tindakan Kim Chung-hoon kerana sanggup menebalkan muka menggunakan nama Kim Soo-hyun meskipun dia yang meninggalkan pelakon itu terkapai-kapai semasa dia masih lagi kecil.

kim soohyun anak tunggal

Walaupun melalui masa kecil yang susah tetapi Kim Soo-hyun kini berjaya mengubah hidup dia dan ibunya kerana bakat lakonan yang mengagumkan. Semoga terus bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...