Ikuti Kami:

Kisah Sebenar Di Sebalik Kesetiaan Seorang Isteri, Iklan Raya SAJI “Mangkuk Tingkat Mak Teh”, Confirm Buat Korang Sebak!

Kisah Sebenar Di Sebalik Kesetiaan Seorang Isteri, Iklan Raya SAJI “Mangkuk Tingkat Mak Teh”, Confirm Buat Korang Sebak!

Diilhamkan dari kisah sebenar, “Mangkuk Tingkat Mak Teh” mengisahkan seorang isteri yang setia memasak dan menghantar lauk dengan berbasikal setiap hari ke klinik tempat suaminya bekerja sebagai seorang pemandu ambulans. 

Menampilkan bakat hebat seperti Fatimah Abu Bakar, Bront Palarae, Sarah Ali, Firdaus Karim dan Azman Hassan. Lakonan mantap yang dipersembahkan memang betul-betul meninggalkan kesan di hati.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, iklan raya SAJI merupakan antara yang paling dinanti-nantikan kerana mesej dan penceritaan yang disampaikan begitu dekat dengan masyarakat.

Admin jujur first time tengok video ni menangis tau, sebab ending dia memang tak jangka betul!

Tapi apa sebenarnya kisah di sebalik iklan raya SAJI kali ni? Jom layan dulu video ni sebelum kami share kisahnya.

Haa, dah tengok? Kalau korang nak tau, kisah ni sebenarnya diinspirasikan daripada cerita sebenar Mak Cik Saadiah, yang setia menghantar makanan ke IPD Gerik dengan mengayuh basikal setiap hari selama 37 tahun.

Mak Cik Saadiah yang berasal dari Kampung Padang, Kuala Kenderong, mengayuh basikal kira-kira 5 kilometer setiap hari demi menghantar lauk kepada suaminya, Alias Nik Daud, yang bertugas di IPD tersebut. 

Suaminya telah terkorban di tangan komunis pada tahun 1975. Sejak itu, Mak Cik Saadiah meneruskan amalan hariannya demi kasih sayang dan ketaatan kepada Allahyarham suaminya. 

Namun rutin terbabit berhenti apabila Mak Cik Saadiah terjatuh daripada basikal pada tahun 2012 dan anaknya kemudian membuka tayar basikal terbabit kerana bimbang keselamatan Mak Cik Saadiah.

Hadiah Dari Hati, Rebut Hadiah & Wang Tunai Sehingga RM100,000

Wow menang cash tu, siapa nak bagi? Haa.. Ni kami nak share dengan korang yang FGV Holding Berhad, menganjurkan peraduan Hadiah Dari Hati di mana korang hanya perlu beli produk keluaran FGV dan boleh menang hadiah menarik tau!

Selain terkenal sebagai syarikat pertanian dan komoditi pertanian global Malaysia, FGV turut mempunyai rangkaian produk makanan dan masakan seperti minyak masak Saji, susu sejat, majerin Pelangi dan pelbagai lagi.

Hadiah Dari Hati merupakan satu penghargaan FGV kepada pengguna setia mereka, di mana korang berpeluang untuk menang hadiah istimewa seperti Themomix yang berharga RM7,188, wang tunai bernilai RM10,000 atau baucar e-tunai Touch n’ Go yang bernilai sehingga RM100,00.

Cara nak sertai mudah saja, korang ikut je step kat bawah ni:

  1. Beli produk keluaran FGV bernilai RM25 ke atas dan muat naik bukti pembelian ke www.hadiahdarihati.my.
  2. Tunggu link SMS untuk Putar & Menang.
  3. Setiap pembelian layak memenangi baucar e-tunai & berpeluang memenangi hadiah utama.

Jadi tunggu apa lagi? Segera dapatkan produk FGV hari ni, mungkin koranglah pemenang thermomix yang bertuah tu.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Hadiah Dari Hati atau produk keluaran FGV korang boleh klik di SINI.

Kasih Ikhlas, Kekal Abadi. Seikhlas Hadiah Dari Hati. FGV mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Sumber Kisah Mak Cik Saadiah: Berita Harian

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...