Ikuti Kami:

Kisah Rompakan 80-an, Filem ‘Seoul Vibe’ Diterajui Yoo Ahin Akan Tayang Di Netflix Ogos Ini

Kisah Rompakan 80-an, Filem ‘Seoul Vibe’ Diterajui Yoo Ahin Akan Tayang Di Netflix Ogos Ini

Siap sedia semua untuk filem aksi baharu di Netflix berjudul “Seoul Vibe”!

Untuk pengetahuan, “Seoul Vibe” ialah filem yang dibintangi Yoo Ah-in, Go Kyung-pyo, Lee Kyu-hyung, Park Ju-hyun, Ong Seong-wu, Moon So-ri, Oh Jung-se dan ramai lagi.

Berlatabelakangkan tahun Olimpik Seoul 1988, “Seoul Vibe” ialah drama mengenai pelan hebat bagi merompak tabung duit dan babak kejar-mengejar kereta yang berlaku di jalanan Seoul. Digambarkan sebagai ‘blockbuster aksi’, filem ini akan menampilkan ‘Samgyedong Supreme Team’ iaitu kru pemandu berbakat yang menyiasat tabung berkenaan.

netflix seoul vibe

Dalam filem ini, Yoo Ah-in akan membawa watak sebagai Dong-wook, ketua kru Samgyedong dan drifter terbaik di Seoul. Go Kyung-yo pula akan membintangi sebagai Woo-sam yang sentimental, yang bertindak sebagai DJ tidak rasmi kru, manakala Lee Kyu-hyung akan memainkan watak Bok-nam, yang tahu jalan-jalan di Seoul.

Kemudian, Park Ju-hyun akan berperan sebagai adik kepada Dong-wook iaitu Yoon-hee, ketua kelab basikal terbesar di Seoul dan satu-satunya ahli wanita krew Samgyedong. Turut disertai Ong Seong-wu yang akan melengkapkan pasukan sebagai Joon-gi, yang juga seperti adik kepada Dong-wook.

Jangan lupa tonton “Seoul Vibe” di Netflix pada 26 Ogos ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...