Ikuti Kami:

Kisah Romantik Unik, Seohyun Girls’ Generation & Lee Junyoung Sah Terajui Filem Netflix ‘Moral Sense’

Kisah Romantik Unik, Seohyun Girls’ Generation & Lee Junyoung Sah Terajui Filem Netflix ‘Moral Sense’

Mendapat perhatian ramai kerana bakal diterbitkan Netflix, ramai yang tak sabar mengetahui siapakah bakal menerajui filem adaptasi webtoon popular iaitu “Moral Sense”.

Penantian semua nampaknya tamat apabila Seo-hyun (Girls’ Generation) dan Lee Jun-young (U-KISS) disahkan akan memberikan nafas segar kepada filem ini.

“Moral Sense” membawa kisah romantik lain daripada lain mengenai seorang lelaki yang mempunyai minat berbeza dalam kehidupan seksualnya dan seorang wanita yang tanpa sengaja mempelajari mengenainya. Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, ia menonjolkan babak kelakar apabila watak utamanya cuba menyorokkan ‘minat’ tersebut daripada pengetahuan rakan sekerjanya.

netflix moral sense

Seo-hyun akan membawa watak Jung Ji-woo di mana dia tanpa sengaja mempelajari rahasia rakan sekerjanya dan memulakan hubungan romantik penuh risiko dengan lelaki tersebut.

Lee Jun-young pula bakal melakonkan watak Jung Ji-hoo di mana dia berjaya menarik perhatian penonton di mana satunya, seorang yang sempurna sehingga membuatkan ramai rakan sekerja wanita yang jatuh cinta kepadanya manakala perwatakan lagi satu menyembunyikan cita rasa unik peribadinya.

Belum dipastikan lagi tarikh tayangannya, namun Netflix pastinya akan melakukan yang terbaik bagi menyajikan kandungan terbaik buat peminatnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...