Ikuti Kami:

Kisah Romantik Terselit Misteri, Episod Awal ‘Love In Contract’ Raih Rating Baik

Kisah Romantik Terselit Misteri, Episod Awal ‘Love In Contract’ Raih Rating Baik

Setelah dinantikan, Park Min-young kembali dengan naskhah komedi romantik “Love In Contract”.

Sinopsis

“Love In Contract” menceritakan tentang perkhidmatan pembantu yang menyediakan isteri kepada orang bujang, yang memerlukan pasangan untuk dibawa ke perhimpunan pasangan suami isteri dan perjumpaan sekolah.

Misteri & romantik

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula dengan Choi Sang-eun (Park Min-young) yang sibuk dengan tugasnya menjadi ‘isteri’ untuk lelaki yang memerlukan. Bahkan wanita itu sentiasa mengejutkan prospek pelanggan yang mengunakan perkhidmatannya dengan memastikan dia sentiasa tampil sempurna di mata semua.

tvn love in contract

Perasaan wanita itu menjadi kelam kabut apabila Jung Ji-ho (Go Kyung-pyo) , ‘suami’ selama 5 tahun yang dikontrakkan pada Isnin, Rabu dan Jumaat meminta untuk memutuskan hubungan itu meskipun dia sudah mula menyimpan perasaan buatnya. Keadaan menjadi tegang apabila Kang Hae-jin (Kim Jae-young), seorang pelakon popular menggunakan khidmatnya pada Selasa, Khamis dan Sabtu mula mengganggu hidupnya.

Dalam pada itu, drama ini turut menyelitkan elemen misteri apabila membuatkan penonton berteka-teki mengenai pekerjaan sebenar Jung Ji-ho yang digambarkan sebagai ‘pembunuh bersiri’ dek sering mengejar ‘mangsa’ di malam hari.

tvn love in contract

Rating baik

Untuk episod awal ini, “Love In Contract” menunjukkan prestasi yang baik apabila meraih rating sebanyak 3.992% ketika episod pertama meskipun menurun sedikit kepada 3.4% dalam tayangan seterusnya.

Menjengah reaksi penonton, rata-ratanya mengatakan bahawa plot drama ini sangat menarik buat sesiapa yang memerlukan naskhah ringan dalam hidup mereka kini. Bahkan keserasian di antara park Min-young, Go Kyung-pyo dan Kim Jae-young kelihatan sepadan dalam episod awal ini.

Korang dah tonton ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...