Sibuk dengan promosi drama “Uncle” kini, sepertinya Oh Jung-se ada menerima tawaran dari drama “Ask The Stars”.
Respon agensinya,
Ia merupakan antara salah satu tawaran yang diterimanya namun belum ada pengesahan lagi setakat ini.
“Ask The Stars” drama Korea pertama mengenai angkasa lepas. Ianya digambarkan sebagai komedi romantik di stesen angkasa lepas dan melibatkan kisah pengunjung dunia luar itu dan angkasawan. Baru sahaja didedahkan, namun ianya menerima pelbagai respon penonton memandangkan kos produksi yang dikhabarkan mencecah hampir 50 bilion won (RM177.1 juta) termasuklah pembinaan setnya.
Sebelum ini, Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin disahkan ada menerima tawaran drama berkenaan dan sedang menelitinya kini.
Adakah mereka bertiga akan bergandingan, sama-sama kita nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.