Ikuti Kami:

“Kisah ‘Poong-Woo Couple’ Bermula” – Kim Minjae Kongsi Perkembangan Plot ‘Poong, The Joseon Psychiatrist 2’

“Kisah ‘Poong-Woo Couple’ Bermula” – Kim Minjae Kongsi Perkembangan Plot ‘Poong, The Joseon Psychiatrist 2’

Ih tak sabar betul nak tengok “Poong, The Joseon Psychiatrist” musim kedua!

Umum pasti sudah mengetahui mengenai drama “Poong, The Joseon Psychiatrist” yang bakal kembali dengan musim kedua dan masih mengekalkan pelakon sama seperti musim pertama.

Dibintangi oleh Kim Min-jae yang membawa watak sebagai Yoo Se-poong, seorang doktor perubatan dalaman terkenal yang telah dibuang dari istana kerana disyaki terjebak dalam satu konspirasi. kim minjaeDalam musim pertama, ramai dalam kalangan penonton amat menantikan perkembangan kisah cinta antara Yoo Se-poong dan Seo Eun-woo kan? Jadi, untuk musim kedua ini, khabarnya akan mempamerkan bagaimana kisah cinta mereka akan mula mekar.

Kim Min-jae berkata,

Saya memulakan penggambaran untuk musim kedua ini dengan pandangan yang berbeza dari musim pertama. Akan ada banyak elemen yang perlu saya tonjolkan dalam pelbagai cara baru kepada penonton. Yang pasti, akan ada kisah romantis antara ‘Poong-Woo couple’. 

Dia juga menambah,

Selepas menghabiskan masa yang lama di Klinik Gyesu, personaliti Yoo Se-poong mula berubah. Saya rasa penonton akan menyukai drama ini jika mereka menumpukan perhatian kepada perubahan dalam setiap karakter. 

kim minjae“Poong, The Joseon Psychiatrist 2” akan mula bersiaran pada 11 Januari 2023!

Jangan lupa tengok okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...