Utama Drama Korea Kisah Polis, Ahli Silap Mata, Roh Selesai Jenayah, Episod Awal ‘From Now...

Kisah Polis, Ahli Silap Mata, Roh Selesai Jenayah, Episod Awal ‘From Now On, Showtime’ Menghiburkan

mbc from now on showtimw

Sekian lama menanti drama baru Park Hae-jin dan Jin Ki-joo, akhirnya ia telah menyapa penonton baru-baru ini.

Sinopsis

“From Now On, Showtime!” ialah drama penyiasatan komikal romantik di mana seorang ahli magis dan seorang anggota polis boleh melihat roh bekerjasama dengan hantu untuk menyelesaikan pelbagai jenayah misteri.

Kolaborasi menghiburkan

[Amaran SPOILER]

Meskipun sentiasa bercakar sejak pertama kali berjumpa, si polis Go Seul-hae (Jin Ki-joo) dan ahli magis Cha Cha-woong (Park Hae-jin) mempunyai hubungan kerjasama yang baik apabila menyelesaikan kes jenayah. Malah pembantu lelaki itu yang terdiri daripada tiga roh berbeza merupakan pembantu terbaik dek kepakaran yang berlainan.

mbc from now on showtimw

Meskipun pada dengan plot misteri namun ianya turut diselitkan dengan pelbagai babak menghiburkan lantas penonton tak kering gusi menonton episod awalnya.

Rating baik

Bermula biasa pada episod pertama, “From Now On, Showtime” memaparkan potensinya apabila rating 2.8% menaik ke 3.6% semasa tayangan episod keduanya.

mbc from now on showtimw

Sepertinya respon yang baik diterima drama ini mungkin akan membantu meningkatkan lagi ratingnya dalam tayangan akan datang.

Korang dah tonton ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNielsen Korea
Loading...