Ikuti Kami:

Kisah Pewaris Kaya, Lee Sangyeob Dilamar Bergandingan Dengan Seo Yeji Dalam ‘Eve’s Scandal’

Kisah Pewaris Kaya, Lee Sangyeob Dilamar Bergandingan Dengan Seo Yeji Dalam ‘Eve’s Scandal’

Kemungkinan besar Lee Sang-yeob bakal membuat comeback dalam dunia K-Drama tak lama lagi.

Laporan media pada pagi ini mengatakan bahawa lelaki itu akan menerajui drama “Eve’s Scandal”. Kalau anda ingat, tvN mengesahkan bahawa naskhah ini turut ditawarkan buat Seo Ye-ji yang sudah lama mendiamkan diri kerana skandalnya.

“Eve’s Scandal” ialah sebuah kisah mengenai penceraian dalam keluarga kaya bernilai 2 trilion won (RM7.164 bilion) yang bakal menghuru-harakan Korea. Seo Ye-ji dilamar untuk membawa watak Lee Ra-el, wanita yang dilahirkan kepada bapa yang bijak dan ibu yang cantik namun terpaksa berubah kepada ‘bunga berbahaya’ yang mempersonakan dek sejarah malang keluarganya. Dia juga menjadi perhatian dalam kes penceraian mengejutkan tersebut.

lee sangyeob

Manakala Lee Sang-yeob pula menerima lamaran untuk melakonkan watak Seo Eun-pyeong, seorang peguam hak manusia. Lelaki itu kemudiannya bertemu dengan Lee Ra-el dan mula menggadaikan semua yang dibinanya demi cinta.

Malah agensinya juga mengesahkan bahawa pelakon itu ada menerima tawaran “Eve’s Scandal” dan sedang menelitinya kini.

Okay tak kalau mereka bergandingan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...