Ikuti Kami:

Kisah Perubahan Hidup Wanita Pada Umur Berbeza, Penonton Puji Episod Awal ‘Love Scene Number’

Kisah Perubahan Hidup Wanita Pada Umur Berbeza, Penonton Puji Episod Awal ‘Love Scene Number’

Kadang-kadang ada sahaja K-Drama yang pendek namun meninggalkan impak dalam ingatan penonton. Mungkin juga drama pendek tayangan MBC ini akan menjadi antara naskhah yang diingati ramai nanti.

Sinopsis “Love Scene Number”

“Love Scene Number” ialah sebuah drama pendek yang hanya mempunyai 8 episod sahaja. Ianya berlatar belakangkan kehidupan 4 wanita berbeza. Doo-ah (Kim Bo-ra) yang berusia 23 tahun ialah seorang pelajar universiti yang mengamalkan hubungan poligami. Ha-ram (Shim Eun-woo) pula ialah seorang guru sekolah rendah berusia 28 tahun yang melarikan diri daripada perkahwinannya sendiri. Manakala Ban-ya (Ryu Hwa-young) ialah seorang pengajar ganti berusia 35 tahun di sebuah universiti. Chung-kyung (Park Jin-hee), 42 tahun pula ialah seorang wanita yang baru sahaja mengetahui kecurangan suaminya.

mbc love scene number

Episod awal ungkap seribu perasaan

Untuk dua episod terawal drama ini, ia menceritakan kisah Doo-ah yang bercinta dengan tiga lelaki sekaligus. Dinamakan sebagai babak #23, ianya membawa penonton menyelami perasaan yang dirasai oleh pelajar universiti itu. Meskipun pendek sahaja tetapi rata-rata penonton terkesan dengan pelbagai pengajaran hidup yang diselitkan dalam kisah hidup Doo-ah ini.

mbc love scene number

Banyak memberikan penekanan terhadap perubahan hidup wanita pada peringkat umur yang berbeza, “Love Scene Number” ternyata merupakan drama yang tidak boleh dipandang ringan oleh semua.

Jadi, tunggu apa lagi! Cepat tonton drama ini di Astro Oh!K (saluran 394) pada setiap Selasa jam 7.40 petang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...