Ikuti Kami:

Kisah Personaliti Media Sosial Berpengaruh, Lee Chungah & Park Gyuyoung Terajui Netflix ‘Celebrity’?

Kisah Personaliti Media Sosial Berpengaruh, Lee Chungah & Park Gyuyoung Terajui Netflix ‘Celebrity’?

Nampaknya akan ada siri terbaru di Netflix tak lama lagi!

Menurut sumber dalam industri, laman penstriman popular itu akan mengeluarkan siri asal 12 episod bertajuk “Celebrity”. Ianya berkisar kepada golongan yang baru menaik digelar ‘selebriti’ dan semua yang mencemburui mereka. Drama itu akan memaparkan keghairahan dan keinginan yang sedih dan juga menakutkan di dalam dunia ini.

Khabarnya Lee Chungah akan melakonkan watak Yoon Shi-hyung, seorang wanita yang tidak pernah merasai gelora langsung di dalam kehidupannya yang tenang. Sebagai anak kepada keluarga berpengaruh, dia membesar menjadi wanita yang elegan. Tetapi dia juga mampu menyebabkan lelaki dewasa menangis kerana kata-kata sekiranya mereka melampaui batasan. Dalam erti kata lain, Yoon Shi-hyung merupakan wanita kelas atasan yang ideal.netflix celebrityPark Gyu-young pula dikatakan bakal membawa watak Seo Ah-ri, pewaris keluarga kaya yang cantik dan bijak. Menjadi perhatian semua orang adalah satu kebiasaan buatnya, tapi semuanya berubah pada 10 tahun lalu apabila dia menyambungkan pelajaran ke luar negara. Pilihan yang dibuat pada hari tersebut berjaya membawa ke kemuncak namun ia juga merupakan jalan paling pantas untuk kejatuhan.

“Celebrity” menceritakan kisah personaliti media sosial yang popular kini. Ianya memaparkan keseronokan melihat ke dalam dunia sebenar menerusi skrin selain menyentuh minda segelintir yang sakit dan dalam masa yang sama, menyerupai kita. Bukan itu sahaja, rahsia penuh misteri dan thriller ini turut diiringi dengan kesedihan yang bakal diungkap kemudiannya.

Plot boleh tahan best kan? Sama-sama kita nantikan kedua pelakon ini mengesahkan berita berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...