Ikuti Kami:

Kisah Persaingan Dalam Organisasi Ibu Bapa, Episod Awal ‘Green Mother’s Club’ Raih Rating Biasa

Kisah Persaingan Dalam Organisasi Ibu Bapa, Episod Awal ‘Green Mother’s Club’ Raih Rating Biasa

Korea memang pandai buat drama mengenai persaingan antara ibu-ibu bagi memastikan yang terbaik buat anak mereka?

Sinopsis

“Green Mother’s Club” menampilkan hubungan berbahaya antara ibu bapa di sebuah organisasi di sekolah rendah selain ianya menyembunyikan sisi gelap di sebalik komuniti yang kelihatan ramah itu.

Permulaan sengit

[Amaran SPOILER]

Lee Eun-pyo (Lee Yo-won) yang baru sahaja di kejiranan elit berkenaan menghadapi kesusahan di bawah pandangan sinis ibu-ibu lain terutamanya Byun Chun-hee (Chu Ja-hyun).

jtbc green mother's club

Wanita itu yang mengalami perubahan hidup 180 darjah kerana insiden di tempat kerja lama, cuba untuk bangkit demi anak lelakinya. Walau bagaimanapun, ianya ternyata sukar memandangkan daya saing yang hangat antara ibu-ibu yang mempunyai misi memastikan anak mereka menerima pendidikan terbaik sahaja.

Rating biasa

Untuk tayangan awal ini, “Green Mother’s Club” hanya mampu berpuas hati dengan rating biasa yang dicatatkan iaitu 2.519% untuk tayangan perdana dan 2.991% ketika episod kedua.

Ada tak yang dah layan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...