Ikuti Kami:

Kisah Persahabatan, Cinta & Cita-Cita Pelajar Sekolah, Rating Episod Awal ‘School 2021’ Biasa

Kisah Persahabatan, Cinta & Cita-Cita Pelajar Sekolah, Rating Episod Awal ‘School 2021’ Biasa

Selepas lama menanti, akhirnya “School 2021” memulakan tayangan kelmarin.

Sinopsis

Siri ke-8 bawah jenama “School” ini membawa kisah pelajar sekolah menengah yang mengejar impian mereka dan menolak melalui perjalanan mengambil ujian kemasukan kolej seperti biasa. Ianya akan memaparkan kisah remaja 18 tahun menjadi matang, hubungan persahabatan dan cinta menuju ke masa depan yang tiada jaminan.

Episod awal menghiburkan

[Amaran SPOILER]

Seperti temanya dalam rangkaian “School” sebelum ini, “School 2021” turut memaparkan sekumpulan anak muda yang lebih mementingkan cita-cita mereka berbanding tanggapan orang sekeliling. Dalam pada itu, terdapat juga konflik yang mula berbangkit bermula daripada nota kecil yang ditinggalkan dalam ruang simpanan barangan Gong Ki-joon (Kim Yo-han) selain perasaan yang berbolak-balik Jung Min-seo (Lee Ha-eun) apabila melihat kemesraan lelaki itu dengan sahabat baiknya, Jin Ji-won (Cho Yi-hyun), sepertinya ada sesuatu yang besar tersimpan dalam hatinya.

kbs school 2021

Rating rendah

Untuk episod awal “School 2021”, walaupun ianya menunjukkan rating yang baik pada episod perdananya iaitu 2.8% namun catatan tersebut jatuh ke 1.6% semasa tayangan seterusnya.

Pun begitu, ramai yang meluahkan bahawa mereka seronok menonton dua episod awal “School 2021”. Bagaimana pula dengan anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...