Ikuti Kami:

Kisah Perebutan Kuasa Di Muzium Seni, JTBC Kongsi Barisan Pelakon Drama Misteri Psikologi ‘Duke City’

Kisah Perebutan Kuasa Di Muzium Seni, JTBC Kongsi Barisan Pelakon Drama Misteri Psikologi ‘Duke City’

Selepas berteka-teki, JTBC telah pun mengesahkan barisan pelakon utama untuk drama terbarunya iaitu “Duke City”

Ia merupakan drama thriller misteri psikologi mengenai kehidupan beberapa watak yang bercita-cita tinggi dan keinginan berbelit dan tersembunyi di sebalik sisi gelap masyarakat. Ia merupakan naskhah yang mengenegahkan watak wanita.

Membawa penonton menelusuri kehidupan di muzium seni yang dimiliki Kumpulan Sungjin, satu konglomerat yang mendominasi bidang perniagaan dan politik di Korea Selatan. Soo Ae akan membawa watak Yoon Jae-hee, menantu kedua kepada keluarga berpengaruh itu dan bertanggungjawab menguruskan muzium tersebut. Dia percaya rasa cinta tidak mampu hidup dalam kemiskinan dan memilih untuk meninggalkan cinta hatinya untuk berkahwin dengan pewaris Kumpulan Sungjin. Suaminya, Jung Joon-hyuk dilakonkan oleh Kim Kang-woo yang merupakan anak luar nikah dan mempunyai rasa rendah diri meskipun mempunyai kerjaya yang hebat sebagai seorang pembaca berita. Dalam diam, dia menyimpan hasrat untuk menjadi berkuasa dan bersama-sama isterinya melawan Kumpulan Sungjin bagi mendapatkan kekayaan itu.

jtbc duke city

Seo Han-sook lakonan Kim Mi-sook, melawan Yoon Jae-hee sebagai pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Sungjin yang memiliki muzium seni itu. Dia juga merupakan seorang figura berperngaruh dalam Kumpulan Sungjin dan cuba menghalang percubaan Yoon-hee bagi menaikkan suaminya.

Lee Yi-dam pula melakonkan watak Kim Yi-seol iaitu kakitangan di muzium seni itu dan menanam niat untuk menaikkan statusnya dalam dunia seni. Manakala Lee Hak-joo membawa watak Han Dong-min, seorang wartawan yang percaya kepada kebenaran dan keadilan dan juga merupakan peminat Jung Joon-hyuk. Lee Chung-joo bertanggungjawab menghidupkan watak Park Jung-ho, pendakwa raya di Pejabat Pendakwa Daerah Tengah yang percayakan dengan kesetiaan.

Dikhabarkan bahawa drama ini sudah pun selesai menjalankan penggambaran pertamanya dan bakal menemui penonton pada separuh kedua 2021 nanti.

Seronok nak tengok Soo Ae kembali dalam drama baru selepas 5 tahun berehat daripada lakonan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...