Ikuti Kami:

Kisah Pembunuhan Kontrak, Lee Kwangsoo Dilapor Bakal Terajui ‘Open Murder Contract’

Kisah Pembunuhan Kontrak, Lee Kwangsoo Dilapor Bakal Terajui ‘Open Murder Contract’

Selepas “The Killer’s Shopping List”, pasti ramai yang menantikan drama Lee Kwang-soo yang seterusnya kan?

Terbaru pada 18 Julai, media melaporkan bahawa Lee Kwang-soo akan membintangi drama baru berjudul “Open Murder Contract” dan sedang menelitinya secara positif kini.

Bagaimanapun, agensi pelakon itu masih belum mengeluarkan apa-apa respon lagi setakat ini.

Untuk pengetahuan, “Open Murder Contract” ialah drama komedi aksi thriller yang menggambarkan pertarungan sengit antara mereka yang ingin membunuh dan mereka yang terlibat dalam kontrak pembunuhan awam.

lee kwangsoo

Jika Lee Kwang-soo menerima tawaran ini, dia akan membawa watak sebagai warganegara yang terlibat dalam kes pembunuhan kontrak.

Selain Lee Kwang-soo, pelakon lain yang akan turut membintangi drama ini adalah Lee Sun-gyun, Yoo Jae-myung dan Kim Moo-yeol.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai “Open Murder Contract”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...