Ikuti Kami:

Kisah Pembunuhan Kejam, 6 Episod Awal ‘One Ordinary Day’ Diberi Had Umur 19 Tahun Ke Atas

Kisah Pembunuhan Kejam, 6 Episod Awal ‘One Ordinary Day’ Diberi Had Umur 19 Tahun Ke Atas

Selepas setahun “It’s Okay To Not Be Okay” menamatkan tayangan, ramai yang dah tak sabar menanti projek baru Kim Soo-hyun.

Bakal menerajui “One Ordinary Day” bersama Cha Seung-won, peminat teruja apabila mengetahui 6 episod awal drama yang dihasilkan Coupang Play itu telah diletakkan had umur 19 ke atas.

Merupakan adaptasi daripada siri popular BBC iaitu “Criminal Justice”, ramai yang menebak kebanyakan babak akan menampilkan tempat jenayah yang mengerikan lantas ianya hanya sesuai ditonton orang dewasa sahaja.

one ordinary day

Untuk pengetahuan, drama 8 episod ini mengisahkan dua lelaki yang terlibat dalam satu kes pembunuhan. Kim Soo-hyun akan membawa watak Kim Hyun-soo, seorang pelajar kolej biasa yang hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila menjadi suspek utama kes pembunuhan. Cha Seung-won pula akan berlakon sebagai peguam bernama Shin Joong-han, seorang peguam yang melepasi peperiksan peguam ‘cukup-cukup makan’ sahaja dan merupakan satu-satunya individu yang menghulurkan bantuan kepada Hyun-soo.

Nantikan tayangan pertama pada 27 November ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...