Netflix memang tak pernah lelah bagi menyampaikan kandungan terbaik untuk pelanggannya kan?
Terbaru, laman penstriman itu baru sahaja mengesahkan barisan pelakon untuk filem “Kill Bongsoon”. Ianya merupakan naskhah aksi mengenai pembunuh upahan bernama Gil Bok-soon yang mengalami masalah semasa ingin memperbaharui kontrak bersama syarikatnya.
Jeon Do-yeon akan membawa watak Gil Bok-soon yang mempunyai dua kehidupan iaitu sebagai pembunuh kontrak dan ibu tunggal. Kadar kejayaan wanita itu ialah 100% namun usaha untuk menjadi ibu yang baik sentiasa mempunyai halangan.
Sol Kyung-gu akan berlakon sebagai Cha Min-kyu, CEO kepada M.K Enterprise yang menawarkan perkhidmatan pembunuhan kontrak. Dia merupakan bos kepada Gil Bok-soon dan wanita itu tahu bahawa dia boleh mengambil semua darinya meskipun menghormatinya sebagai guru.
View this post on Instagram
Koo Kyo-hwan bertanggungjawab membawa watak Han Hee-sung, seorang lagi pembunuh kontrak di syarikat itu. Meskipun mempunyai bakat yang hebat namun Cha Min-kyu tidak mahu memperakui kehebatan lelaki itu.
Esom pula akan menjadi Cha Min-hee iaitu adik kepada Cha Min-kyu dan merupakan pengarah di M.K Enterprise. Dia sentiasa menyimpan perasaan iri hati apabila melihat kebaikan abangnya terhadap Gil Bok-soon.
Tak sabar kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.