Ikuti Kami:

Kisah Pembunuh Digeruni, Tonton Dokusiri Netflix ‘The Raincoat Killer: Chasing A Predator In Korea’ Nanti

Kisah Pembunuh Digeruni, Tonton Dokusiri Netflix ‘The Raincoat Killer: Chasing A Predator In Korea’ Nanti

Netflix nampaknya semakin ‘mengganas’ dengan kandungan cerita yang dipaparkan di laman penstriman itu.

Bukan sahaja menayangkan K-Drama dengan plot di luar kotak, malah ianya kini bakal menayangkan satu dokumentari mengenai sebuah kes jenayah yang pernah mengejutkan Korea dahulu.

Bertajuk “The Raincoat Killer: Chasing A Predator In Korea”, dokumentari ini memaparkan kisah sebenar mengenai pembunuh bersiri bernama Yoo Young-chul. Lelaki itu mula mendapat perhatian pada 2003 apabila mengakui telah membunuh warga emas yang kaya antara bulan September ke November.

Menurut cerita, Yoo Young-chul telah memecah masuk rumah dan membunuh mangsanya dengan menghentak tukul berulang kali. Bagi menutup jejaknya, dia akan membuatkan insiden itu kelihatan seperti rompakan. Walaubagaimanapun, ianya tidak terhenti di situ.netflix the raincoat killer: chasing a predator in koreaApabila pihak polis berjaya menyelongkar kes ini dengan lebih mendalam, Yoo Young-chul mula mengubah sasaran dan bentuk jenayahnya. Daripada membunuh warga emas yang berduit, dia mula membunuh pelacur dan pada 2004, dia kemudiannya membunuh tanpa henti dan 11 orang wanita menjadi mangsanya pada ketika itu. Selepas diberkas, dia mengaku telah membunuh 26 orang kesemuanya.

Yoo Young-chul berada di Pusat Tahanan Seoul kini di mana dia masih lagi menjalani hukuman.netflix the raincoat killer: chasing a predator in koreaKes ini terus menjadi antara insiden berprofil tinggi dan sering menjadi sebutan ramai walaupun sudah hampir dua dekad berlalu. Daripada itu, Netflix telah menghasilkan dokumentari “The Raincoat Killer: Chasing A Predator In Korea” bagi membawa penonton menelusuri pelbagai rakaman yang belum pernah dilihat sebelum ini termasuklah temubual bersama orang yang terlibat dengan kes berkenaan.

Dokumentari ini akan menemui semua pada 22 Oktober 2021. Siapa yang meminati siri jenayah, jangan terlepas untuk menonton “The Raincoat Killer: Chasing A Predator In Korea” nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...