Selepas JTBC mengesahkan Ji-soo BLACKPINK dan Kim Hye-yoon menyertai drama “Snowdrop”, mereka kini bakal disertai oleh nama hebat seperti Jung Hae-in, Jang Seung-jo, Yoon Se-ah dan Jung Yoo-jin.
Drama ini akan berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wania pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Eun Young-cho (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.

Dari kiri: Jung Hae-in, Ji-soo BLACKPINK
Im Soo-ho yang membesar di Jerman mempunyai persona yang lembut namun meyembunyikan satu rahsia yang berat. Selepas jatuh cinta pandang pertama apabila melihatnya di sebuah perjumpaan sosial, Eun Young-cho yang bertemu semula lelaki itu di asramanya dan membantu merawatnya.

Dari kiri atas: Jang Seung-jo, Yoon Se-ah; Dari kiri bawah: Kim Hye-yoon, Jung Eugene
Pertama kali Ji-soo bawa watak utama, digandingkan pula dengan Jung Hae-in, tak sabarnya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.