Ikuti Kami:

Kisah Pelajar Kolej Kejar Impian Terselit Misteri, Episod Awal ‘Cheer Up’ Raih Rating Rendah

Kisah Pelajar Kolej Kejar Impian Terselit Misteri, Episod Awal ‘Cheer Up’ Raih Rating Rendah

Ada drama Korea baru untuk korang untuk yang meminati naskhah bertemakan pelajar kolej.

Sinopsis

“Cheer Up” adalah drama percintaan kampus misteri yang berlatarbelakangkan skuad sorak, di mana makan dan hidup tidak berguna pada masa ini, tetapi percintaan yang indah dan berharga ialah segala-galanya.

Pelajar kolej berimpian besar

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula apabila Do Hae-yi menanam impian untuk memasuki skuad sorak yang menjanjikan belanja sebanyak 1 juta won (RM3,262) sekiranya berjaya menjadi ahlinya. Mempunyai masalah keluarga, gadis itu nekad mahu mendapatkan wang tersebut untuk hidup dengan mudah.

sbs cheer up

Walau bagaimanapun, Do Hae-yi tersepit di antara dua lelaki iaitu Park Jung-woo (Bae In-hyuk) dan Bae Yong-woong (Yang Dong-geun) yang sepertinya berjaya menjentik hatinya. Dalam suasana romantik ini, plot mula menebal apabila Do Hae-yi menerima surat ugutan supaya berhenti berlatih bersama skuad sorak itu atau pun akan ada ahli lain yang menemui ajal.

Disebabkan plot twist ini, tiada siapa dapat menjangka apa akan terjadi pada episod akan datang nanti.

Rating rendah

Untuk episod awal ini, naskhah SBS ini hanya mampu meraih rating 2.3% pada episod pertama sebelum menurun sedikit ke 2.1% dalam episod seterusnya.

sbs vheer up

Meskipun rendah, ramai yang memuji lakonan ditonjolkan teraju utamnya iaitu Han Ji-hyun, Bae In-hyuk, Jang Gyu-ri, Lee Eun-saem dan ramai lagi.

Korang dah tonton ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...