Bertahun menantikan, akhirnya Kang So-ra kembali dengan sebuah drama baru bertajuk “Strangers Again” bersama Jang Seung-jo di ENA.
Sinopsis
Ia membawa kisah peguam penceraian yang berkahwin selepas 10 tahun bercinta sebelum bercerai tiga tahun kemudian. Apabila berjumpa semula sebagai rakan sekerja selepas penceraian mereka, keduanya mula rasa bunga cinta itu.
Dari pasangan ke musuh
[Amaran SPOILER]
Di awal cerita ini, peguam Oh Ha-ra (Kang So-ra) diperkenalkan sebagai peguam penceraian yang popular kerana sentiasa memenangi kes yang dipertanggungjawabkan ke atasnya manakala Goo Eun-beom (Jang Seung-jo) terpaksa menutup firma guamannya apabila dia tersepit dek wang sara yang perlu dibayar kepada bekas isterinya.
Siapa sangka, bahawa bekas isterinya ialah Oh Ha-ra yang hebat dan lelaki itu sanggup melakukan apa sahaja agar dapat terus bekerja termasuklah menjadi peguam di firma guaman sama dengan wanita itu.
Walaupun awalnya ditolak mentah-mentah, namun dengan bantuan Goo SEun-beom, Oh Ha-ra berjaya menyelesaikan sebuah kes penceraian membabitkan selebriti popular. Disebabkan itu, pasangan yang sudah bercerai itu sepertinya mula berlembut antara satu sama lain.
Rating rendah
Merupakan saluran kabel, agak normal sekiranya kebanyakan drama ditayangkan di bawahnya hanya mampu mencapai rating sebanyak 1% sahaja. Sama seperti “Strangers Again” yang hanya mampu berpuas hati dengan catatan 1% pada episod pertama sebelum menaik ke 1.1% semasa tayangan episod kedua.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily