Ikuti Kami:

Kisah Menyentuh Perasaan Guru & Pelajar, ‘Melancholia’ Sah Gandingkan Im Soojung & Lee Dohyun

Kisah Menyentuh Perasaan Guru & Pelajar, ‘Melancholia’ Sah Gandingkan Im Soojung & Lee Dohyun

Anda dah sedia nak tonton gandingan Im Soo-jung dan Lee Do-hyun dalam drama “Melancholia”?

Selepas hanya berteka-teki, akhirnya drama tvN itu sudah pun mengesahkan barisan pelakon utama mereka.

Untuk pengetahuan anda, “Melancholia” berlatar belakangkan sekolah menengah swasta yang korup dek kemasukan ikut keutamaan. Ianya akan membawa kisah seorang guru matematik dan pelajar matematik genius yang menyentuh perasaan.

Im Soo-jung bertanggungjawab melakonkan watak Ji Yoon-soo yang nampak baik di luar namun sangat degil dan tekun apabila dia buat keputusan terhadap sesuatu. Sangat ghairah dengan matapelajaran matematik, dia merupakan seorang guru yang menggalakkan pelajarnya untuk mencari jawapan.

im soojung dan lee dohyun

Lee Do-hyun akan melakonkan watak Baek Seung-yoo, seorang remaja yang kurang bercakap dan menjadi ‘orang luar’ secara pilihan. Dia sangat suka mengambil gambar menggunakan kamera DSLR miliknya. Walaupun menduduki tangga terakhir di sekolah, dia pernah mendominasi olimpiad matematik semasa kecil, memasuki Institut Teknologi Massachusetts pada usia 10 tahun namun berhenti 2 tahun kemudiannya.

Pasti anda nak tahu apa yang terjadi di antara guru dan pelajar ini kan? Jadi, jangan lupa untuk tonton “Melancholia” nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...