Ikuti Kami:

Kisah Mengenai Makna ‘Rumah’, Drama ‘Monthly House’ Temukan Kim Jisuk & Jung Somin

Kisah Mengenai Makna ‘Rumah’, Drama ‘Monthly House’ Temukan Kim Jisuk & Jung Somin

Khabarnya pelakon Kim Ji-suk dan Jung So-min akan muncul dalam sebuah drama JTBC bersama!

“Monthly House” ialah sebuah drama romantik mengenai seorang lelaki yang membeli rumah dan wanita yang tinggal dalam banyak rumah. Ia memaparkan isu perumahan iaitu satu topik yang sangat penting dalam kalangan orang Korea Selatan dan menanyakan soalan penting seperti, “Apakah maksud rumah bagi anda?”.

Jung So-min bakal membawakan watak Na Young-won, editor bagi sebuah majalah gaya hidup bertajuk “Monthly House”. Dia merupakan kakitangan biasa yang sudah bekerja dalam dunia ini selama 10 tahun lamanya. Sepanjang tempoh itu, dia sering kehabisan duit dan terbeban untuk membayar sewa bulanan rumahnya. Namun rumah adalah satu-satu tempat di mana dia boleh menjadi dirinya. Walaupun hanya menyewa, dia membersihkan dan menghiasnya semampu yang boleh. Apabila dia mula bermusuh dengan pemilik baru rumahnya, dia mula berminat untuk menceburi dalam bidang pelaburan dan membeli rumah sendiri.

jtbc monthly house

Kim Ji-suk pula akan membawa watak Yoo Sa-jung, CEO kepada majalah gaya hidup “Monthly House” yang percaya bahawa rumah hanyalah aset membantunya menjadi kaya dan tempat tidurnya apabila malam tiba. Dia membesar dengan kepercayaan bahawa seseorang itu mampu jadi kaya secara sendiri di Korea dengan melabur dalam bidang hartanah. Sampaikan dia sanggup belajar pada siangnya, bekerja separuh masa apabila malam tiba dan menyelinap masuk dalam tapak pembinaan pada hujung minggu untuk memahami pasaran tersebut. Lelaki itu kini merupakan seorang pakar yang terkenal dalam bidang pelaburan hartanah. Pun begitu, selepas mula mengenali Na Young-won sebagai tuan rumah barunya, kepercayannya itu mula goyah.

“Monthly House” akan diarahkan oleh Lee Chang-min (“Welcome To Waikiki) dan ditulis oleh Myung Soo-hyun (“Rude Miss Young-ae”,”Drinking Solo”). Ianya bakal ditayangkan pada tahun 2021 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...