Ikuti Kami:

Kisah Melangkaui Korea, Jepun & US, ‘Pachinko’ Bakal Tayang Mac Ini

Kisah Melangkaui Korea, Jepun & US, ‘Pachinko’ Bakal Tayang Mac Ini

Selepas lama dinantikan, akhirnya Apple TV+ mengumumkan tarikh tayangan siri “Pachinko”.

Dedah laman penstriman itu,

Paling dinantikan ‘Pachinko’ telah membuka tirainya dengan meriliskan beberapa gambar dan ianya akan ditayangkan secara global pada 25 Mac.

Siri ini merupakan projek global dan dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu Korea, Jepun dan bahasa Inggeris di mana ia memaparkan kronikal tidak boleh dilupakan mengenai peperangan dan kedamaian, cinta dan perpisahan, kemenangan dan hukuman. Ia diadaptasi daripada buku terlaris New York Times dengan nama yang sama.

pachinko

Pengarah Kogonada mengarahkan dan menghasilkan 4 episod termasuklah episod perdana manakala bekas pengarah, Justin mengarahkan 4 episod lagi.

Antara pelakonnya ialah Soji Arai sebagai Mosasu, Jin-ha sebagai Solomon, Jung In-ji sebagai Yang-jin, Kim Min-ha sebagai Seon-ja semasa remaja, Lee Min-ho sebagai Han-su, Kaho Minami sebagai Etsuko, Roh Sang-hyeon sebagai Isaac dan Anna Saway dan Joseph sebagai Naomi dan Han Jun-woo, Jung Eun-chae sebagai Kyung-hee sewaktu muda, Jimmy Simpson sebagai Tom Andrew, dan Jeon Yuna sebagai Seon-ja sewaktu muda. Yoon Yuh-jeong pula melakonkan watak Seon-ja sewaktu tua.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...