Ikuti Kami:

Kisah Lucu Suami Isteri, Kim Soohyun & Kim Jiwon Sah Terajui Drama ‘Queen Of Tears’

Kisah Lucu Suami Isteri, Kim Soohyun & Kim Jiwon Sah Terajui Drama ‘Queen Of Tears’

Siap sedia semua untuk saksikan gandingan Kim Ji-won bersama Kim Soo-hyun dalam sebuah drama!

Terbaru, syarikat produksi Studio Dragon secara rasmi telah mengumumkan,

Penerbitan drama baru penulis Park Ji-eun berjudul ‘Queen of Tears’ telah disahkan.

Untuk pengetahuan, “Queen of Tears” akan dikarang oleh Park Ji-eun, penulis drama popular seperti “My Love From the Star” dan “Producer” serta diarahkan oleh pengarah Jang Young-woo, yang sebelum ini pernah bekerja dengan Park Ji-eun untuk “Crash Landing on You”.

“Queen of Tears” menceritakan kisah cinta ajaib yang mendebarkan dan pasangan lucu suami isteri, yang berjaya mengharungi krisis dan kekal bersama dalam menghadapi segala rintangan.

drama queen of tears

Dalam drama ini, Kim Soo-hyun akan terajui sebagai watak utama Baek Hyun-woo, manakala Kim Ji-won akan membintangi sebagai isterinya Hong Hae-in.

Dalam pada itu, “Queen of Tears” akan memulakan penggambaran pada separuh pertama tahun 2023 dan dijadualkan untuk tayang pada separuh kedua 2023.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...