Ikuti Kami:

Kisah Lucu Staf Berusia ‘Survive’ Di Pejabat, Rating Awal ‘On The Verge Of Insanity’ Baik

Kisah Lucu Staf Berusia ‘Survive’ Di Pejabat, Rating Awal ‘On The Verge Of Insanity’ Baik

Drama kehidupan pejabat pun sebenarnya best kan? Macam “Misaeng”, “Radiant Office” dan “Kkondae Intern”.

Terbaru, ada sebuah drama bertemakan pejabat baru bertajuk “On Verge Of Insanity”. Nampak macam menarik sahaja!

Sinopsis

Lain daripada biasa, drama ini membawa kisah golongan tua yang terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dalam pejabat yang huru-hara sebagai kakitangan biasa.

Kesukaran staf veteran

Episod awal drama ini mendapat perhatian ramai kerana membawa realiti golongan tua yang melalui pelbagai kesukaran kerana usia dalam suasana pejabat yang ‘demanding’ dan sibuk. Bahkan pelakon seperti Ahn Nae-sang, Jung Jae-yong, Park Sung-geun dan Park Won-sang yang biasanya membawa watak orang atasan dan kenamaan namun mereka tampil sebagai staf ‘marhaen’ di dalam drama ini.

mbc on the verge of insanity

Kisah bermula apabila Choi Ban-seok (Jung Jae-yong) yang merupakan seorang jurutera veteran mengalami krisis pertama dalam 22 tahun kariernya selepas dikhabarkan mungkin akan diberhentikan tak lama lagi. Demi menurut permintaan syarikat, lelaki itu berpindah ke jabatan personel dan memulakan tugasnya daripada bawah.

Bukan sahaja staf berusia, malah drama ini turut menampilkan kakitangan muda yang mempunyai pe’el masing-masing seperti Dang Ja-young (Moon So-ri), Han Se-kwon (Lee Sang-yeob) dan Seo Na-ri (Kim Ga-eun).

mbc on the verge of insanity

Rating baik

Padat dengan humor orang tua, “On The Verge Of Insanity” nyata menghiburkan hati penonton pada tayangan awalnya. Malah ia berjaya meraih rating yang baik iaitu dalam linkungan 3% untuk kedua-dua episod awal.

Bagi yang mahu menonton, anda boleh tonton episod baru pada setiap Khamis dan Jumaat jam 7.40 petang di saluran Oh!K (Astro 394).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...