Ikuti Kami:

Kisah Legenda Dunia Kasino, Episod Awal ‘Big Bet’ Di Disney+ Raih Pujian

Kisah Legenda Dunia Kasino, Episod Awal ‘Big Bet’ Di Disney+ Raih Pujian

Siri yang ditunggu-tunggu semua iaitu “Big Bet” sudah pun menemui semua di Disney+ baru-baru ini.

Sinopsis

“Big Bet” mengisahkan mengenai Cha Moo-shik (Choi Min-sik) seorang lelaki berjaya yang digelar raja kasino di Filipina tanpa sebarang warisan harta, bantuan orang ternama atau sesiapa saja untuk dirinya. Namun, selepas terjebak dalam satu kes pembunuhan, nyawanya kian terancam.

Perkongsian pelakon

Antara tarikan menarik mengenai drama ini ialah ia merupakan drama comeback Choi Min-sik selepas 26 tahun.. Kongsinya mengenai hal itu dalam sidang media khas baru-baru ini,

Filem adalah sangat padat namun ianya hanya 2 jam lamanya. Ianya memberikan anda tekanan, dan saya sentiasa tak puas hati dengan apa yang saya persembahkan. Dengan televisyen, awak boleh memberitahu kisah kesinambungan dan memaparkan kesemua sisi watak yang dibawa. Ianya mencabar secara fizikal tapi saya rindukannya.

disney+ big bet

Dalam pada itu, “Big Bet” bakal menayangkan 8 episod pada tahun ini di bawah musim pertamanya. Manakala 8 episod lagi akan ditayangkan sebagai musim kedua. Kata pengarah Kang Yung-sung, bahagaia selebihnya ini akan menyapa penonton pada tahun hadapan. Nantikan!

Kasino bawa tuah

[Amaran SPOILER]

Drama ini bermula dengan kisah kesusahan hidup yang dialami Moo-shik semasa kecil apabila ayahnya, seorang gangster dipenjara lantas meninggalkan si ibu terpaksa bekerja keras dengan mengambil upah kecil-kecilan bagi meneruskan kehidupan mereka.

Pun begitu, lelaki itu berjaya melawan rintangan dengan membuka bar kasino dan menjadi jutawan segera. Namun langit tak sentiasanya cerah apabila dia dihumban kembali ke kancah kesusahan apabila terpaksa melarikan diri ke Filipina selepas kerja haramnya itu dihidu pihak berkuasa hingga menyebabkan dia kehilangan segalanya.

disney+ big bet

Respon hangat penonton

Meskipun baru menjengah di Disney+ baru-baru ini, namun siri ini telah menerima sambutan hangat dari penonton. Khabarnya, mereka terkesan melihat watak Cha Moo-shik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan hidup.

Bahkan lakonan hebat Choi Min-sik ternyata merupakan rencah utama yang membuatkan “Big Bet” semakin menarik. Tambahan pula, pembawaan watak yang ketara berbeza ketika menyampaikan karakter itu semasa berusis 30-an dan 60-an.

Korang dah habis tengok ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...