Ikuti Kami:

Kisah Konflik Keluarga Moden, Kim Junghyun Terima Tawaran Terajui ‘Iron Family’

Kisah Konflik Keluarga Moden, Kim Junghyun Terima Tawaran Terajui ‘Iron Family’

Kim Jung-hyun akan membintangi drama terbaru KBS2, iaitu “Iron Family”.

Menurut laporan media pada 27 Mac, Kim Jung-hyun telah membuat keputusan untuk membintangi drama hujung minggu KBS2, “Iron Family”.

“Iron Family” mengisahkan tentang hubungan kasih sayang serta konflik dalam sebuah keluarga moden. Di mana, Kim Jung-hyun akan memegang watak utama sebagai Seo Kang-joo.

Drama ini dikatakan bakal disiarkan buat kali pertama pada September ini sebagai susulan kepada drama “Beauty and Mr. Romantic” yang baru sahaja mula ditayangkan pada 23 Mac yang lalu.

kim-junghyun

Tidak berhenti di situ, jangkaan tinggi telah diberikan pada drama ini terutamanya kerana ini merupakan karya terbaru penulis skrip Seo Suk-hyang yang terkenal dengan drama “Jealousy Incarnate”, “Romance Town” dan “Pasta”.

Jarang-jarang tengok Kim Jung-hyun berlakon dalam drama yang berkisahkan keluarga ni kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   MBC

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...