Sedang sibuk dengan penggambaran dan promosi drama “Joseon Exorcist”, Jang Dong-yoon dikhabarkan ada menerima tawaran untuk berlakon drama baru nanti.
Menurut sumber dalam industri, pelakon lelaki itu dilamar untuk membawa watak utama Lee Doo-hak dalam drama KBS bertajuk “Oasis” dan dia kini sedang menelitinya dengan positif. Malah agensinya turut mengesahkan berita tersebut.
“Oasis” berlatarbelakangkan zaman pergolakan di Korea di antara tahun 80-an ke 90-an. Ia menggambarkan kehidupan genting, balas dendam dan konflik yang dihadapi golonga anak muda bagi meraih kuasa dan kemewahan dalam apa jua cara dan masyarakat yang hidup dengan nilai sosial yang salah.
Jika Jang Dong-yoon menerima watak ini, dia akan membawa watak Lee Doo-hak, seorang anak muda yang lahir di sebuah bandar kecil di wilayah Jeolla dan membesar dengan naif dan pemikiran yang bijak. Walaubagaimanapun, secara takdir, dia terlibat dengan satu insiden dan kini terperangkap dalam konflik. Selepas menghadapi kumpulan hartanah penipu. dia menjadi ‘gangster politik’ dan menjalani kehidupannya untuk membalas dendam terhadap kematian ayahnya yang tidak terbela.
Dikhabarkan bahawa “Oasis” akan menemui penonton pada separuh kedua tahun ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.