Ikuti Kami:

Kisah Kesukaran Dihadapi Pelajar Kolej, Episod Awal ‘At A Distance, Spring Is Green’ Raih Rating Biasa

Kisah Kesukaran Dihadapi Pelajar Kolej, Episod Awal ‘At A Distance, Spring Is Green’ Raih Rating Biasa

Seronok juga drama Korea yang bertemakan percintaan di kolej kan? Macam “At A Distance, Spring Is Green” yang baru ditayangkan baru-baru ini.

Sinopsis

Diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, drama ini membawa pelbagai kisah anak muda berusia 20-an yang berada di kolej.

kbs at a distance, spring is green

Permulaan biasa

Biasanya tampil ceria, “At A Distance, Spring Is Green” membawa kelainan kerana menampilkan bebanan berbeza yang dihadapi oleh tiga watak utamanya. Ia memaparkan realiti sebenar pelajar koleh seperti kesukaran mendapatkan keputusan akademik baik, mencari kerja, bercinta, membayar sewa dan membina hubungan dengan orang lain.

Meskipun plotnya menerima respon positif daripada penonton namun episod awalnya hanya mampu meraih rating biasa sahaja. Di mana catatan rating episod pertama ialah 2.6% dan 2.3% manakala ianya menunjukkan sedikit penurunan pada episod kedua, iaitu 1.8% dan 2.2%.

kbs at a distance, spring is green

Pun begitu, rasanya ramai yang boleh ‘relate’ dengan kesukaran para pelajar kolej ini. Tak kisahlah sekiranya anda masih lagi belajar mahupun sudah melepasi fasa itu.

Jangan lupa untuk saksikan “At A Distance, Spring Is Green” pada setiap Isnin dan Selasa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...