Belum pun ke udara lagi drama “Tale Of The Nine Tailed” tetapi dengar cerita Kim Bum dah terima tawaran untuk muncul dalam sebuah drama perundangan bertajuk “Law School”.
Drama ini membawa penonton menyelongkar kebenaran disebalik kes pembunuhan seorang profesor di fakulti perundangan. Disebabkan oleh tragedi itu, tenaga pengajar dan pelajar di fakulti itu telah menjadi suspek utama sebagai dalang pembunuhan tersebut. Naskhah ini akan menonjolkan setiap watak cuba menggunakan undang-undang dan keadilan dalam mencari pembunuh sebenar.

Dari kiri: Kim Bum, Kim Myung-min, Ryu Hye-young
Difahamkan bahawa Kim Bum bakal membawa watak sebagai Jun-hwi iaitu seorang pelajar manakala pelakon Kim Myung-min pula akan berlakon sebagai salah seorang profesor di fakulti tersebut. Ryu Hye-young yang terkenal menerusi drama popular “Reply 1988” juga dikhabarkan menerima tawaran untuk membawa watak wanita utama dalam drama “Law School” ini.
Dahsyat betul Kim Bum, lepas 4 tahun berehat terus terima banyak tawaran berlakon!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.